Selasa, September 15, 2009

Sambungan .... Kalau Itu Takdirnya

Dan tiba-tiba Mawar terbersin.Baru dia sedar yang mereka seakan berpelukan.Cepat-cepat Mawar melepaskan diri dari pelukan lelaki itu.

''Terima kasih sebab sudi hantar saya balik''.

''Tak kisahlah,lagipun rumah saya menghala jalan yang sama..apa salahnya saya tolong hantarkan.''kata lelaki itu.

Sesekali ia menjeling kearah Mawar disebelah.Bibir Mawar terketar-ketar kesejukan.Lelaki itu mencapai baju kotnya di belakang lalu di hulurkan pada Mawar.Mulanya Mawar menolak tetapi terpaksa mengambilnya,jika tidak dia pasti beku didalam kereta itu.

''Dari mana tadi?''

''Hantar kawan.''jawab Mawar sambil mengemaskan kedudukan baju itu di bahunya.

''Di mana?''

''Taman Muhibbah''

''Oh..Taman Muhibbah,saya pun duduk di situ''jawabnya dengan pasti dan ramah.

Mawar hanya mengangguk dan melemparkan senyuman pada lelaki itu.Tiba-tiba senyuman Mawar terhenti.Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.Ada yang tak kena ni..bisik Mawar dalam hati.

''Encik duduk di Taman Muhibbah?''tanya Mawar untuk kepastian.

Lelaki itu mengangguk pantas.

''Bukan ke Taman Muhibbah tu kat sana,tempat kita jumpa tadi?''sambil menunjuk kearah belakang.

Lelaki itu terdiam.Mukanya berubah.

Macamana boleh terlepas ni..rungutnya dalam hati.

''Emm...saya minta maaf.Saya tak ada niat jahat pun.Saya cuma nak tolong hantar Cik balik.Itu saja.Saya ikhlas.''

''Betul ke ni?''tanya Mawar.Mawar dah mula rasa takut dan gelisah.Bimbang kalau-kalau lelaki itu mengapa-apakannya.

''Demi Allah Cik..saya tak tipu,saya betul-betul ikhlas nak tolong.Percayalah.''lelaki itu bersungguh menyakinkan Mawar.

Terpancar keikhlasan di wajah lelaki itu.Mawar dapat melihatnya.Hati Mawar mula sejuk.Kebimbangannya berkurangan tetapi dia masih perlu berhati-hati.

''Cik marah ke?''tanya lelaki itu gelisah.

''Taklah,cuma...''

''Cuma apa?''

''Cuma takut sikit''jawab Mawar terus terang.

''Betul..saya tak ada niat jahat pun,percayalah.''katanya bersungguh-sungguh menyakinkan Mawar.

Mawar tersenyum dan mengangguk.

''Saya terpaksa percayalah dengan Encik sebab saya tak ada pilihan lain..kalau Encik dengan niat yang baik nak tolong saya,saya ucap terima kasih banyak-banyak.''

Lelaki itu tersenyum lega.

''Saya Mawar Azaleeya Jazmeen''

''Cairel Iskandar''

Dari jauh Mawar dapat lihat Zack sedang bersandar di keretanya.Sesekali dia melihat jam di tangan.

''Alamak..''

''Apa dia?''

''Tak ada apa..Encik boleh turun kan saya dekat lelaki depan itu.''pinta Mawar.

Iskandar berhenti betul-betul di depan kereta Zack.Mawar teragak-agak untuk keluar.Dia pasti Zack akan bising.Iskandar hairan Mawar masih belum keluar.Iskandar dapat melihat kerisauan Mawar.

''Kenapa?''

Mawar tersengih dan menggeleng.Dengan perasaan yang berat Mawar melangkah keluar.Iskandar juga turut keluar.Sebaik saja Zack melihat Mawar,Zack terus meluru kearah Mawar.Berbagai-bagai soalan yang diajukan pada Mawar.Tanya itu,tanya ini..kenapa itu dan kenapa ini.Mawar naik rimas.Dia tahu Zack amat risaukannya tapi Zack langsung tak beri Mawar peluang untuk menceritakan perkara yang sebenarnya.Iskandar hanya melihat tak terkata.

''Cukup Zack..awak ni kenapa,suka-suka je nak marah,nak bising-bising depan orang lain''marah Mawar.

Baru dia perasan kehadiran Iskandar.Zack mula risau siapa lelaki itu.Setahunya Mawar tiada kenalan lain,kalau ada pun Zack pasti kenal.Iskandar senyum pada Zack.Iskandar menuju kearah Zack dan menghulurkan tangan pada Zack.Mereka berjabat tangan dan memperkenalkan diri masing-masing.


''Saya minta diri dulu,dah lewat ni.''


''Terima kasih sebab hantar kawan saya''ucap Zack.


Iskandar membalas dengan senyuman.Sebelum melangkah masuk ke kereta sempat Iskandar menjeling pada mereka berdua.Begitu rapat dan akrab mereka berdua seperti sepasang kekasih.Melepas aku..katanya dalam hati.Iskandar terus beredar dari situ.Selepas Iskandar meninggal mereka,mereka terus masuk ke rumah.Zack perasan baju yang tersangkut pada bahu Mawar,bukan milik Mawar.


''Baju siapa ni?''tanya Zack.

''Alamak...''


bersambung..........

Khamis, September 10, 2009

Sambungan .... Kalau Itu Takdirnya

Tanpa sedar mereka berenam menghabiskan masa di Mall dengan menonton wayang,berjalan-jalan dan makan-makan,mereka sudah terlewat.Hari sudah malam.Jam menunjukan pukul 8.30 malam.Amira cuba menghubungi abangnya untuk menjemputnya pulang,tetapi tidak dapat.Amira mencuba lagi dan hasilnya tetap sama.Amira mula gelisah.Hari gelap hendak hujan.

''Dapat''?tanya Mawar.

Amira menggeleng dan mengeluh.

''Habis tu macamana''?tanya Zack pula.

''Tak apalah,Mawar hantar Mira''Mawar mempelawakan diri.

''Tak apa ke''?tanya Amira serba salah.

''Tak kisahlah tu''

Zack mendengarnya tidak sedap hati.Dia takut kalau ada apa-apa berlaku pada Mawar sedangkan dia tiada disisi Mawar.Dengan keadaan malam yang mahu hujan begini menambahkan kebimbangan Zack.

''Macam ni lah,biar saya hantar Mira,Mawar terus balik''.

''Zack,jangan lah macam ni..''

''Entah kau ni,buat Mawar macam budak-budak lah''sampuk Hadi.''Amira kan ada''sambung Hadi.

''Memanglah,tapi lepas hantar Mira dia seorang''

''Habis tu..kalau kau hantar aku,Mawar balik dengan siapa?bukan seorang jugak''marah Amira.

Zack terdiam.

''Dahlah..lagi lama kita kat sini,lagi lambat kita balik..hari dah nak hujan.Zack,Mawar pergi dulu nanti kalau ada apa-apa hal Mawar call Zack,ok..''

Zack mengangguk.Sempat juga dia pesan pada Mawar supaya berhati-hati.Amira dan Mawar terus keluar dan menuju ke tempat letak kereta.Zack memandang mereka sehinggalah mereka hilang dari pandangannya.Selepas itu barulah mereka berempat balik.Mereka berempat tinggal satu rumah.Hadi,Hairi dan Hafiz menumpang di rumah pusaka orang tua Zack.Orang tua Zack sudah meninggal dunia sejak Zack kecil lagi.Sejak pemergian mereka Zack duduk sementara di rumah orang tua Mawar.Bila Zack sudah merasakan mampu untuk berdikari barukah dia berpindah keluar dan duduk di rumah orang tuanya.

Tiap-tiap bulan mereka akan membayar duit pada Zack tapi Zack tidak pernah sesekali mengambilnya,sebaliknya menyuruh mereka gunakan duit itu untuk keperluan mereka.Tetapi mereka tetap memberikan duit itu dengan cara lain iaitu membeli barang-barang makanan dan membayar bil-bil.Pada mulanya Zack melarang tetapi akhirnya Zack terpaksa akur dengan keputusan rakan-rakannya.

Selepas menghantar Amira,Mawar terus pulang.Tiba-tiba keretanya tersentap-sentap.Mawar berhenti di bahu jalan.Dicuba hidupkan keretanya tetapi tidak berjaya.Dicuba lagi dan lagi namun keputusannya tetap sama.

''Kenapa pulak ni''?rungut Mawar sambil menghentak stereng kereta.Mawar terpandang lampu yang menyala di meter keretanya.

''YA ALLAH..minyak habis.''

Mawar segera menghubungi Zack.Sedang mendail nombor Zack,tanda amaran bahawa bateri telefon bimbit kehabisan berbunyi.

''Bateri pun dah nak habis,mampus aku..mana pulak Zack ni,angkatlah cepat..''

Sebaik panggilan Mawar disambut telefon terus terpadam.Mawar cuba untuk menghidupkan semula tetapi hampa.

''Aduh..macamana pulak ni''

Mawar keluar mencari telefon awam tetapi tidak kelihatan.Kedai-kedai pun banyak yang sudah tutup.Teksi pun tidak ada yang lalu.Kilat sabung menyabung,guruh berdentam dentum di langit.Mawar semakin kalut dan takut.Sedang menunggu teksi hujan mulai turun dengan lebatnya.Mawar berlari menuju ke perhentian bas dengan harapan untuk berteduh dari hujan,tetapi impiannya meleset kerana tempat menunggu bas itu tiada bumbung.Mawar mencari pokok untuk berteduh.

Tidak lama kemudian lalu teksi.Mawar terus menahan teksi itu,bukan saja tidak berhenti malah di berinya Mawar air lopak yang bertakung.Habis muka dan bajunya terkena air lopak itu.

''Bodohnya..''jerit Mawar.

Sementara itu di seberang jalan ada mata yang memerhatikan Mawar.Si pemerhati itu senyum melihat gelagat Mawar memarahi teksi sambil menyepak-yepak air lopak yang berbaki itu.Selepas selesai memaki hamun,Mawar membersihkan mukanya dengan air hujan.Dia mendongak ke langit supaya air hujan yang turun itu dapat membersihkan wajahnya.Mawar juga mencuci sedikit rambutnya yang berpasir.Sambil membersihkan rambutnya,mulutnya tidak lepas dari membebel memarahi teksi itu.Si pemerhati itu tersenyum.Terpancar kejelitaan dan keayuan Mawar dalam keadaan basah kuyup.Si pemerhati itu terpegun.

Sedang menunggu teksi dalam keadaan basah kuyup dan sejuk,tiba-tiba ada payung yang sedang memayungi Mawar.Mawar menoleh kepada tuan punya payung di belakangnya.Seorang lelaki yang tidak dikenalinya.Mawar terkejut dan terus mengundur.Dan dengan pantas tangan sasa itu mencapai lengan Mawar dan ditarik.Mawar terdorong kedepan.Jika lambat pasti Mawar sudah di langgar kereta yang sedang menuju laju kearahnya sebentar tadi.

Tanpa sedar Mawar berada di dalam pelukan lelaki itu.Mata Mawar dan matanya bertentang.Degupan jantung mereka juga pantas.Mereka bertentang mata buat seketika.Dan tiba-tiba.......



bersambung.....

Isnin, Ogos 17, 2009

Sambungan .... Kalau Itu Takdirnya

''Woi!korang tak nak pergi minum ke?tanya Hairi.

''Jomlah..tercegat kat sini buat apa?perut aku dah pasang lagu dangdut dah''gurau Hafiz.

''Lagu apa perut kau pasang?lagu Amelina ke?tambah Hadi.

Disambut dengan gelak tawa rakan-rakan yang lain.

''Ye lah Zack,jomlah pergi makan,Mawar tak sempat sarapan pun tadi.''ajak Mawar.

''Jomlah''

Mereka berenam menuju ke kafe.Mereka berenam memang bersahabat baik.Mereka semua berkenalan semasa sesi pendaftaran masuk ke kolej dahulu.Zack dan Amira berjumpa secara tak sengaja.Zack terlanggar Amira sewaktu mencari Mawar yang tiba-tiba hilang dari pandangannya.Maklumlah ramai di dalam dewan sewaktu mendaftar.Dari situlah mereka berkenalan.Hafiz,Hairi dan Hadi memang bersahabat dari bangku sekolah lagi.Mereka berkenalan dengan Amira,Mawar dan Zack kerana Hadi terpaut hati pada Amira.Mereka berkenalan dan sekali gus berkawan bersama.Dari sesi pendaftaran sehingga sekarang mereka berkawan.Mereka berenam memang satu kepala.Kemana-mana saja mereka pasti berenam.Mereka memang serasi berkawan.Sambil bersarapan ada saja cerita dan gurauan antara mereka.Mereka usik-mengusik,bergurau senda sesama sendiri tak ubah seperti adik-beradik.

''Lepas ini korang pergi mana?balik dulu ke?''tanya Hairi.

''Mawar nak balik ke?tanya Zack.

''Tak kot,Mawar nak pergi library,nak cari bahan untuk assignment Pn.Zu tadi..lagipun kan ada kelas lagi pukul 2.00 petang ni.Malas nak balik takut tak datang pula nanti.''jawab Mawar sambil menghabiskan saki baki nasi lemaknya.

''Rajinnya awek aku ni''gurau Hafiz.Tangannya mengusap-usap rambut panjang Mawar.

''Tak maulah''sambil menepis tangan Hafiz.

Hafiz ketawa.Mawar mengemaskan rambutnya yang sedikit kusut.Hafiz memang suka bergurau begitu.Kadang-kadang Mawar dikata kekasihnya,tunangannya.Sesekali Amira pun kena.Zack sudah masak sangat dengan sikap Hafiz,jadi dia tak ambil kisah pun.Dia tahu Hafiz hanya bergurau.Tetapi kadang kala gurauan Hafiz yang berlebihan membuatkan Zack cemburu.

''Kalau buat awal-awal tak lah kelam kabut nanti''kata Mawar.

''Kalau macam tu aku ikut kau lah''kata Amira.

''Ok.Zack?tanya Mawar pada Zack.

''Tak usahlah tanya dia,mana ada kau ada lah dia''kata Hairi.

''Diamlah kau''marah Zack.''Saya ikut awak lah''sambung Zack.

''Ha...kan aku dah kata''balas Hairi.

Mawar ketawa.

''Jomlah,nanti lambat pula.''ajak Mawar.

Mereka semua bangun dan bergerak menuju ke library yang terletak di tingkat 2 bangunan bersebelahan.Sebaik saja sampai di library,mereka semua membuat tugasan masing-masing.Jika mereka putuskan ingin membuat satu-satu tugasan itu mereka membuat dengan penuh tumpuan. Begitu juga jika di dalam kelas.Mereka tidak akan main-main.Bila tamat saja kelas perangai gila-gila mereka terutama Hairi dan Hafiz terserlah.Sedana asyik mencari bahan,sedar tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 1.45 petang.Mereka segera mengemas dan terus keluar menuju ke dewan kuliah.

Selesai sudah kuliah mereka hari ini.Mawar menggeliat lega.Begitu juga Hadi.

''Tiru orang aje..''kata Mawar pada Hadi.

''Mana ada aku tiru kau''kata Hadi sambil tersenyum.

''Korang,kita pegi tengok wayang nak?ajak Hairi.

''Cerita apa?''tanya Amira dengan minat.

''Entah''lantas Hairi mengangkat bahunya.

''Bukan main lagi ajak orang tapi tak tau ada cerita apa''rungut Mawar.

''Alah..kita pergilah dulu,tengok cerita apa yang ada.Kalau best kita tengoklah kalau tak kita jalan-jalan dah lah.''cadang Hadi pula.

''Menarik juga tu''kata Mawar.''Tapi Mawar kena tanya dulu mama,takut dia tak bagi''sambung Mawar.

''Ok sayang,pergilah tanya mama dulu''kata Hafiz.

Mawar bangun untuk telefon mamanya Marina memberitahu rancangan mereka.Pada mulanya Marina tak benarkan tetapi setelah Mawar menyakinkannya untuk pulang awal,akhirnya Marina benarkan.Lagipun Marina tahu tahap keselamatan anak daranya kerana Zack pasti ada bersama Mawar.

''Set..mama Mawar bagi kita pergi''kata Mawar dengan manja.

''Ok.ni awek aku seorang lagi ni macamana?

''Perasanlah kau''marah Amira.''Aku ikut je''sambung Amira.

Hafiz tersenyum.

''Kalau macam tu jomlah gerak sekarang''ajakHairi

Jumaat, Ogos 14, 2009

KALAU ITU TAKDIRNYA

Kringgggggggggg..........
Mawar terkrjut.Dengan mata tertutup,tangan meraba-raba diatas meja disebelah katilnya untuk mencari jam loceng yang dari tadi menjerit-jerit mengejutkannya dari tidur.Setelah dapat jam loceng ,di tekan punat untuk mematikannya.Dengan mata yang berat Mawar melihat jam di depan matanya.

Matanya terbeliak besar.Hilang mengantuknya.Mawar dah lambat.Hari ini dia ada kelas pukul 8.00 pagi.Dengan pantas Mawar bangun dan terus menuju ke bilik air.Kemudian Mawar keluar semula.Ambil tuala lah dulu.....dan masuk semula.

Selesai bersiap,Mawar mengambil barang-barang keperluannya dan terus turun.Sebelum bertolak ke kolej,Mawar sempat berhenti di meja makan dimana mama dan papanya sedang bersarapan.Mawar menyambar secawan air lalu di teguknya.Kemudian Mawar bersalam dengan kedua orang tuanya dan berlalu pergi.Mama dan papanya berpandangan sesama sendiri.Tak sempat untuk mereka berkata apa-apa,Mawar telah hilang dari pandangan mereka.Yang kedengaran hanyalah deruman enjin dari kereta Mawar yang semakin lama semakin menjauh.

Akhirnya Mawar selamat sampai ke kolej.Dijelingnya jam ditangan.Tepat-tepat pukul 8.00 pagi.Dengan pantas dia berjalan.Sesekali berlari-lari anak menuju ke dewan kuliah.Sebaik pintu dewan ditolak,matanyatertumpu pada meja pensyarah.
Fuhhh........nasib baik tak masuk lagi.Katanya dalam hati.
Pn.Zulaiha pensyarahnya belum masuk lagi.Mawar berhenti di muka pintu sambil bersandar melepaskan lelahnya.Sambil itu sempat juga dia berfikir,kenapa lambat pula Pn.Zulaiha hari ini.Pn.Zulaiha memang amat displin tentang masa.Kalau kuliahnya bermula pukul 8.00 pagi,tepat pukul 8.00 pagi dia dah tercongok depan pintu.Kadang-kadang dia masuk dulu sebelum pelajar masuk.Tapi hari ini.........

''Ehem...''

Cepat-cepat Mawar menoleh ke arah suara itu.

''Eh,Pn.Zu.........''

Pn.Zulaiha memandang Mawar dan diturunkan sedikit cermin matanya.

''Kenapa berdiri di sini?jadi guard?''

Mawar tersenyum dan menggeleng.

''Dah,pergi duduk''arah Pn.Zulaiha sambil membetulkan cermin matanya.

Mawar menuju ke tempat duduknya.Disana rakan-rakannya sudah sedia menantinya.

''Kenapa lambat?''tanya Zack

''Lambat bangunlah''jawab Mawar sambil mengemaskan rambutnya yang berserabut.

''Itu lah,saya nak jemput tak nak,nak pergi sendiri,kalau pergi dengan saya tak jadi macam ni tau''

''Yang kau susah hati sangat kenapa?Mawar ok je...''sampuk Amira dengan kata-kata yang berbau cemburu.

''Cemburu ke?''sindir Hadi yang duduk disebelah Amira.

''Yang kau sakit apahal?''sambil menyenggol lengan Hadi.

Dikalangan rakan-rakannya mereka tahu memang Amira ada menyimpan perasaan pada Zack.Tapi Zack sebaliknya.Dihatinya cuma ada Mawar seorang.Dan Mawar tak pula begitu.Mawar langsung tidak menyimpan perasaan pada Zack.Zack sudah dianggap sebagai abangnya sendiri.Mereka dah berkawan sejak dari kecil lagi,jadi Mawar dah anggap segala keprihatinan Zack,ambil berat Zack seperti seorang abang menjaga adiknya.Tak lebih dari itu.

''Aku cu.........''kata-kata Zack cepat-cepat dimatikan oleh Mawar.Kalau dibiarkan akan berlaku pertikaman lidah di situ.Mawar arahkan kedua rakan baiknya itu menumpukan perhatian pada Pn.Zulaiha di depan sebelum bunga-bunga pergaduhan mereka dapat di hidu oleh Pn.Zulaiha.

Sebaik selesai kelas,Pn.Zulaiha keluar.Ada kedengaran suara-suara yang mengeluh,merungut dengan tugasan yang diberikan oleh Pn.Zulaiha.Mawar menyandar ke belakang kerusi.

''Kenapa ni?tak sihat?''tanya Zack

''Tak adalah..penat sikit''sambil mengurut-urut bahunya.


TIBA-TIBA..........

bersambung...

Ahad, Ogos 09, 2009

Selamat Datang

Selamat datang ke blog saya. Harap maaf Blog ini sedang di uji. Sebarang kesulitan amatlah dikesali

Game