Selasa, September 15, 2009

Sambungan .... Kalau Itu Takdirnya

Dan tiba-tiba Mawar terbersin.Baru dia sedar yang mereka seakan berpelukan.Cepat-cepat Mawar melepaskan diri dari pelukan lelaki itu.

''Terima kasih sebab sudi hantar saya balik''.

''Tak kisahlah,lagipun rumah saya menghala jalan yang sama..apa salahnya saya tolong hantarkan.''kata lelaki itu.

Sesekali ia menjeling kearah Mawar disebelah.Bibir Mawar terketar-ketar kesejukan.Lelaki itu mencapai baju kotnya di belakang lalu di hulurkan pada Mawar.Mulanya Mawar menolak tetapi terpaksa mengambilnya,jika tidak dia pasti beku didalam kereta itu.

''Dari mana tadi?''

''Hantar kawan.''jawab Mawar sambil mengemaskan kedudukan baju itu di bahunya.

''Di mana?''

''Taman Muhibbah''

''Oh..Taman Muhibbah,saya pun duduk di situ''jawabnya dengan pasti dan ramah.

Mawar hanya mengangguk dan melemparkan senyuman pada lelaki itu.Tiba-tiba senyuman Mawar terhenti.Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.Ada yang tak kena ni..bisik Mawar dalam hati.

''Encik duduk di Taman Muhibbah?''tanya Mawar untuk kepastian.

Lelaki itu mengangguk pantas.

''Bukan ke Taman Muhibbah tu kat sana,tempat kita jumpa tadi?''sambil menunjuk kearah belakang.

Lelaki itu terdiam.Mukanya berubah.

Macamana boleh terlepas ni..rungutnya dalam hati.

''Emm...saya minta maaf.Saya tak ada niat jahat pun.Saya cuma nak tolong hantar Cik balik.Itu saja.Saya ikhlas.''

''Betul ke ni?''tanya Mawar.Mawar dah mula rasa takut dan gelisah.Bimbang kalau-kalau lelaki itu mengapa-apakannya.

''Demi Allah Cik..saya tak tipu,saya betul-betul ikhlas nak tolong.Percayalah.''lelaki itu bersungguh menyakinkan Mawar.

Terpancar keikhlasan di wajah lelaki itu.Mawar dapat melihatnya.Hati Mawar mula sejuk.Kebimbangannya berkurangan tetapi dia masih perlu berhati-hati.

''Cik marah ke?''tanya lelaki itu gelisah.

''Taklah,cuma...''

''Cuma apa?''

''Cuma takut sikit''jawab Mawar terus terang.

''Betul..saya tak ada niat jahat pun,percayalah.''katanya bersungguh-sungguh menyakinkan Mawar.

Mawar tersenyum dan mengangguk.

''Saya terpaksa percayalah dengan Encik sebab saya tak ada pilihan lain..kalau Encik dengan niat yang baik nak tolong saya,saya ucap terima kasih banyak-banyak.''

Lelaki itu tersenyum lega.

''Saya Mawar Azaleeya Jazmeen''

''Cairel Iskandar''

Dari jauh Mawar dapat lihat Zack sedang bersandar di keretanya.Sesekali dia melihat jam di tangan.

''Alamak..''

''Apa dia?''

''Tak ada apa..Encik boleh turun kan saya dekat lelaki depan itu.''pinta Mawar.

Iskandar berhenti betul-betul di depan kereta Zack.Mawar teragak-agak untuk keluar.Dia pasti Zack akan bising.Iskandar hairan Mawar masih belum keluar.Iskandar dapat melihat kerisauan Mawar.

''Kenapa?''

Mawar tersengih dan menggeleng.Dengan perasaan yang berat Mawar melangkah keluar.Iskandar juga turut keluar.Sebaik saja Zack melihat Mawar,Zack terus meluru kearah Mawar.Berbagai-bagai soalan yang diajukan pada Mawar.Tanya itu,tanya ini..kenapa itu dan kenapa ini.Mawar naik rimas.Dia tahu Zack amat risaukannya tapi Zack langsung tak beri Mawar peluang untuk menceritakan perkara yang sebenarnya.Iskandar hanya melihat tak terkata.

''Cukup Zack..awak ni kenapa,suka-suka je nak marah,nak bising-bising depan orang lain''marah Mawar.

Baru dia perasan kehadiran Iskandar.Zack mula risau siapa lelaki itu.Setahunya Mawar tiada kenalan lain,kalau ada pun Zack pasti kenal.Iskandar senyum pada Zack.Iskandar menuju kearah Zack dan menghulurkan tangan pada Zack.Mereka berjabat tangan dan memperkenalkan diri masing-masing.


''Saya minta diri dulu,dah lewat ni.''


''Terima kasih sebab hantar kawan saya''ucap Zack.


Iskandar membalas dengan senyuman.Sebelum melangkah masuk ke kereta sempat Iskandar menjeling pada mereka berdua.Begitu rapat dan akrab mereka berdua seperti sepasang kekasih.Melepas aku..katanya dalam hati.Iskandar terus beredar dari situ.Selepas Iskandar meninggal mereka,mereka terus masuk ke rumah.Zack perasan baju yang tersangkut pada bahu Mawar,bukan milik Mawar.


''Baju siapa ni?''tanya Zack.

''Alamak...''


bersambung..........

Khamis, September 10, 2009

Sambungan .... Kalau Itu Takdirnya

Tanpa sedar mereka berenam menghabiskan masa di Mall dengan menonton wayang,berjalan-jalan dan makan-makan,mereka sudah terlewat.Hari sudah malam.Jam menunjukan pukul 8.30 malam.Amira cuba menghubungi abangnya untuk menjemputnya pulang,tetapi tidak dapat.Amira mencuba lagi dan hasilnya tetap sama.Amira mula gelisah.Hari gelap hendak hujan.

''Dapat''?tanya Mawar.

Amira menggeleng dan mengeluh.

''Habis tu macamana''?tanya Zack pula.

''Tak apalah,Mawar hantar Mira''Mawar mempelawakan diri.

''Tak apa ke''?tanya Amira serba salah.

''Tak kisahlah tu''

Zack mendengarnya tidak sedap hati.Dia takut kalau ada apa-apa berlaku pada Mawar sedangkan dia tiada disisi Mawar.Dengan keadaan malam yang mahu hujan begini menambahkan kebimbangan Zack.

''Macam ni lah,biar saya hantar Mira,Mawar terus balik''.

''Zack,jangan lah macam ni..''

''Entah kau ni,buat Mawar macam budak-budak lah''sampuk Hadi.''Amira kan ada''sambung Hadi.

''Memanglah,tapi lepas hantar Mira dia seorang''

''Habis tu..kalau kau hantar aku,Mawar balik dengan siapa?bukan seorang jugak''marah Amira.

Zack terdiam.

''Dahlah..lagi lama kita kat sini,lagi lambat kita balik..hari dah nak hujan.Zack,Mawar pergi dulu nanti kalau ada apa-apa hal Mawar call Zack,ok..''

Zack mengangguk.Sempat juga dia pesan pada Mawar supaya berhati-hati.Amira dan Mawar terus keluar dan menuju ke tempat letak kereta.Zack memandang mereka sehinggalah mereka hilang dari pandangannya.Selepas itu barulah mereka berempat balik.Mereka berempat tinggal satu rumah.Hadi,Hairi dan Hafiz menumpang di rumah pusaka orang tua Zack.Orang tua Zack sudah meninggal dunia sejak Zack kecil lagi.Sejak pemergian mereka Zack duduk sementara di rumah orang tua Mawar.Bila Zack sudah merasakan mampu untuk berdikari barukah dia berpindah keluar dan duduk di rumah orang tuanya.

Tiap-tiap bulan mereka akan membayar duit pada Zack tapi Zack tidak pernah sesekali mengambilnya,sebaliknya menyuruh mereka gunakan duit itu untuk keperluan mereka.Tetapi mereka tetap memberikan duit itu dengan cara lain iaitu membeli barang-barang makanan dan membayar bil-bil.Pada mulanya Zack melarang tetapi akhirnya Zack terpaksa akur dengan keputusan rakan-rakannya.

Selepas menghantar Amira,Mawar terus pulang.Tiba-tiba keretanya tersentap-sentap.Mawar berhenti di bahu jalan.Dicuba hidupkan keretanya tetapi tidak berjaya.Dicuba lagi dan lagi namun keputusannya tetap sama.

''Kenapa pulak ni''?rungut Mawar sambil menghentak stereng kereta.Mawar terpandang lampu yang menyala di meter keretanya.

''YA ALLAH..minyak habis.''

Mawar segera menghubungi Zack.Sedang mendail nombor Zack,tanda amaran bahawa bateri telefon bimbit kehabisan berbunyi.

''Bateri pun dah nak habis,mampus aku..mana pulak Zack ni,angkatlah cepat..''

Sebaik panggilan Mawar disambut telefon terus terpadam.Mawar cuba untuk menghidupkan semula tetapi hampa.

''Aduh..macamana pulak ni''

Mawar keluar mencari telefon awam tetapi tidak kelihatan.Kedai-kedai pun banyak yang sudah tutup.Teksi pun tidak ada yang lalu.Kilat sabung menyabung,guruh berdentam dentum di langit.Mawar semakin kalut dan takut.Sedang menunggu teksi hujan mulai turun dengan lebatnya.Mawar berlari menuju ke perhentian bas dengan harapan untuk berteduh dari hujan,tetapi impiannya meleset kerana tempat menunggu bas itu tiada bumbung.Mawar mencari pokok untuk berteduh.

Tidak lama kemudian lalu teksi.Mawar terus menahan teksi itu,bukan saja tidak berhenti malah di berinya Mawar air lopak yang bertakung.Habis muka dan bajunya terkena air lopak itu.

''Bodohnya..''jerit Mawar.

Sementara itu di seberang jalan ada mata yang memerhatikan Mawar.Si pemerhati itu senyum melihat gelagat Mawar memarahi teksi sambil menyepak-yepak air lopak yang berbaki itu.Selepas selesai memaki hamun,Mawar membersihkan mukanya dengan air hujan.Dia mendongak ke langit supaya air hujan yang turun itu dapat membersihkan wajahnya.Mawar juga mencuci sedikit rambutnya yang berpasir.Sambil membersihkan rambutnya,mulutnya tidak lepas dari membebel memarahi teksi itu.Si pemerhati itu tersenyum.Terpancar kejelitaan dan keayuan Mawar dalam keadaan basah kuyup.Si pemerhati itu terpegun.

Sedang menunggu teksi dalam keadaan basah kuyup dan sejuk,tiba-tiba ada payung yang sedang memayungi Mawar.Mawar menoleh kepada tuan punya payung di belakangnya.Seorang lelaki yang tidak dikenalinya.Mawar terkejut dan terus mengundur.Dan dengan pantas tangan sasa itu mencapai lengan Mawar dan ditarik.Mawar terdorong kedepan.Jika lambat pasti Mawar sudah di langgar kereta yang sedang menuju laju kearahnya sebentar tadi.

Tanpa sedar Mawar berada di dalam pelukan lelaki itu.Mata Mawar dan matanya bertentang.Degupan jantung mereka juga pantas.Mereka bertentang mata buat seketika.Dan tiba-tiba.......



bersambung.....

Game