Selasa, September 15, 2009

Sambungan .... Kalau Itu Takdirnya

Dan tiba-tiba Mawar terbersin.Baru dia sedar yang mereka seakan berpelukan.Cepat-cepat Mawar melepaskan diri dari pelukan lelaki itu.

''Terima kasih sebab sudi hantar saya balik''.

''Tak kisahlah,lagipun rumah saya menghala jalan yang sama..apa salahnya saya tolong hantarkan.''kata lelaki itu.

Sesekali ia menjeling kearah Mawar disebelah.Bibir Mawar terketar-ketar kesejukan.Lelaki itu mencapai baju kotnya di belakang lalu di hulurkan pada Mawar.Mulanya Mawar menolak tetapi terpaksa mengambilnya,jika tidak dia pasti beku didalam kereta itu.

''Dari mana tadi?''

''Hantar kawan.''jawab Mawar sambil mengemaskan kedudukan baju itu di bahunya.

''Di mana?''

''Taman Muhibbah''

''Oh..Taman Muhibbah,saya pun duduk di situ''jawabnya dengan pasti dan ramah.

Mawar hanya mengangguk dan melemparkan senyuman pada lelaki itu.Tiba-tiba senyuman Mawar terhenti.Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.Ada yang tak kena ni..bisik Mawar dalam hati.

''Encik duduk di Taman Muhibbah?''tanya Mawar untuk kepastian.

Lelaki itu mengangguk pantas.

''Bukan ke Taman Muhibbah tu kat sana,tempat kita jumpa tadi?''sambil menunjuk kearah belakang.

Lelaki itu terdiam.Mukanya berubah.

Macamana boleh terlepas ni..rungutnya dalam hati.

''Emm...saya minta maaf.Saya tak ada niat jahat pun.Saya cuma nak tolong hantar Cik balik.Itu saja.Saya ikhlas.''

''Betul ke ni?''tanya Mawar.Mawar dah mula rasa takut dan gelisah.Bimbang kalau-kalau lelaki itu mengapa-apakannya.

''Demi Allah Cik..saya tak tipu,saya betul-betul ikhlas nak tolong.Percayalah.''lelaki itu bersungguh menyakinkan Mawar.

Terpancar keikhlasan di wajah lelaki itu.Mawar dapat melihatnya.Hati Mawar mula sejuk.Kebimbangannya berkurangan tetapi dia masih perlu berhati-hati.

''Cik marah ke?''tanya lelaki itu gelisah.

''Taklah,cuma...''

''Cuma apa?''

''Cuma takut sikit''jawab Mawar terus terang.

''Betul..saya tak ada niat jahat pun,percayalah.''katanya bersungguh-sungguh menyakinkan Mawar.

Mawar tersenyum dan mengangguk.

''Saya terpaksa percayalah dengan Encik sebab saya tak ada pilihan lain..kalau Encik dengan niat yang baik nak tolong saya,saya ucap terima kasih banyak-banyak.''

Lelaki itu tersenyum lega.

''Saya Mawar Azaleeya Jazmeen''

''Cairel Iskandar''

Dari jauh Mawar dapat lihat Zack sedang bersandar di keretanya.Sesekali dia melihat jam di tangan.

''Alamak..''

''Apa dia?''

''Tak ada apa..Encik boleh turun kan saya dekat lelaki depan itu.''pinta Mawar.

Iskandar berhenti betul-betul di depan kereta Zack.Mawar teragak-agak untuk keluar.Dia pasti Zack akan bising.Iskandar hairan Mawar masih belum keluar.Iskandar dapat melihat kerisauan Mawar.

''Kenapa?''

Mawar tersengih dan menggeleng.Dengan perasaan yang berat Mawar melangkah keluar.Iskandar juga turut keluar.Sebaik saja Zack melihat Mawar,Zack terus meluru kearah Mawar.Berbagai-bagai soalan yang diajukan pada Mawar.Tanya itu,tanya ini..kenapa itu dan kenapa ini.Mawar naik rimas.Dia tahu Zack amat risaukannya tapi Zack langsung tak beri Mawar peluang untuk menceritakan perkara yang sebenarnya.Iskandar hanya melihat tak terkata.

''Cukup Zack..awak ni kenapa,suka-suka je nak marah,nak bising-bising depan orang lain''marah Mawar.

Baru dia perasan kehadiran Iskandar.Zack mula risau siapa lelaki itu.Setahunya Mawar tiada kenalan lain,kalau ada pun Zack pasti kenal.Iskandar senyum pada Zack.Iskandar menuju kearah Zack dan menghulurkan tangan pada Zack.Mereka berjabat tangan dan memperkenalkan diri masing-masing.


''Saya minta diri dulu,dah lewat ni.''


''Terima kasih sebab hantar kawan saya''ucap Zack.


Iskandar membalas dengan senyuman.Sebelum melangkah masuk ke kereta sempat Iskandar menjeling pada mereka berdua.Begitu rapat dan akrab mereka berdua seperti sepasang kekasih.Melepas aku..katanya dalam hati.Iskandar terus beredar dari situ.Selepas Iskandar meninggal mereka,mereka terus masuk ke rumah.Zack perasan baju yang tersangkut pada bahu Mawar,bukan milik Mawar.


''Baju siapa ni?''tanya Zack.

''Alamak...''


bersambung..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Game